Monday 28 January 2013

Diantara Fungsi Raja dan Yang di-Pertuan Agong


Diantara Fungsi Raja dan Yang di-Pertuan Agong

Sebagai Ketua Agama Islam

Raja adalah Ketua Agama Islam dalam Negerinya setakat yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negerinya.48  Bagi Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, iaitu Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Melaka dan juga Wilayah Persekutuan, maka Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam.49 Ini termasuklah negeri di mana Yang di-Pertuan Agong itu datang.50  Fungsi keagamaan kepada Yang di-Pertuan Agong telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia melalui Akta Malaysia, 1963.  Kemudiannya seksyen 11, Akta (Pindaan) Perlembagaan (No. 2) 1973 telah memasukkan fungsi Ketua Agama Islam kepada Yang di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan.  Dan seterusnya, seksyen 3 Akta (Pindaan) Perlembagaan 1976 telah memasukkan fungsi ini kepada Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

                Di antara kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam termasuklah kuasa mengampun dan menangguh hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah yang mengawal hal ehwal agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan.51

Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera

Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.52  Dalam menjalankan fungsi ini, satu Majlis Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah Perkara  137(1) Perlembagaan Persekutuan akan bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong atas perintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera dan segala perkara lain mengenainya.

Dalam Mempersetujui Rang Undang-Undang

Mengikut peruntukan Perkara-perkara 66(1) dan 68 Perlembagaan Persekutuan, sesuatu rang undang-undang, kecuali rang undang-undang kewangan, hendaklah mendapat Perkenan di-Raja sebelum ia boleh menjadi undang-undang.53 

Memberi Ucapan di Parlimen

Yang di-Pertua Agong boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen itu serentak.  Perkara ini diperuntukkan di dalam Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan.  Begitu juga Raja-raja boleh memberi ucapan di Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri masing-masing.

Hadir dan Memberi Ucapan Dalam Upacara-upacara Rasmi Negara atau Negeri

Yang di-Pertuan Agong biasanya hadir dalam upacara-upacara penting negara seperti pada Hari Kemerdekaan, Maulidur Rasul dan lain-lain.  Begitu juga Raja-raja di Negeri-negeri akan hadir dan memberi ucapan-ucapan di hari-hari penting di negeri baginda.  Begitu juga dalam menerima tetamu penting Negara asing dan melawat Negara asing atau menerima pembesar-pembesar negeri-negeri lain.  Fungsi-fungsi ini walau bagaimanapun adalah merupakan fungsi rasmi pentadbiran sahaja dan tidak terikat dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis.  Ianya lebih merupakan lambang martabat, darjat, penghormatan dan kebesaran Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja itu sendiri.54 

Sebagai Pelindung

Tugas memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong.55  Begitu juga adalah menjadi tugas Raja-raja di sesuatu negeri untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu di negerinya.

“Peruntukan-peruntukan ini tidak boleh dipersoal dan adalah perlu untuk membantu yang kurang maju dan bernasib baik dari segi keadaan-keadaan yang ujud dalam negara pada waktu kemerdekaan” – Hakim Besar Lee Hun Hoe, dalam kes Fan Yew Teng lwn Pendakwaraya.56

Taraf perlindungan Raja ke atas orang Melayu dan yang berkaitan dengannya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan adalah begitu ketat sekali sehinggakan pindaan57 kepada Perkara 153 itu tidak boleh diluluskan oleh Parlimen dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.58  Hatta jika pihak kerajaan bercadang membuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 sekalipun Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya mengenai hal itu.59
                                               

48   Perkara 3(2) Perlembagaan.
49   Perkara 3(3)(5) Perlembagaan.
50   Perkara-perkara 3(3) dan 34(1) Perlembagaan.
51   Perkara 42(10) Perlembagaan.
52   Perkara 41 Perlembagaan.
53   Walaupun begitu, tertakluk kepada Perkara 66(4B), ia tetap menjadi undang-undang walaupun tanpa perkenan jika mematuhi Perkara 66(4) atau 66(4A).  Lihat juga perbincangan sebelum ini mengenai hal ini.
54   Begitulah juga dalam pemberian darjah atau pingat kebesaran, penaung dan seumpamanya.
55   Perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan.
56   (1975) 2 M.L.J. 235, 238.
57   Perkara 159(6) Perlembagaan Persekutuan mentafsirkan, “pindaan”, sebagai termasuklah tambahan  dan pemansuhan.
58   Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan.
59   Perkara 36(5) Perlembagaan Persekutuan.

Di atas adalah cabutan daripada, Abdul Aziz Hussin. 1992. Institusi Raja. KotaBaharu: Dian Darulnaim Sdn. Bhd., hlm. 62-65.

Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia



1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando2 Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera2 asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?
3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL…percaya atau tidak?
4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas2 lain tanpa mengambil masa yang lama.
5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu2nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruk kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!
6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletajk di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!
7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.
8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarjkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)
9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar unytuk memohon passport atau visa ke luar Negara.
10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”percaya atau tidak?
11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?
12 – ATM menjadi rebutan amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?
13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.
14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka….percaya atau tidak?
15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak?
16 – Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia . Percaya atau tidak?
17 – Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kfir, setakat ini kontinjen2 negara PBB yang datangnya dari negara2 melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan tentera diraja brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadishu

Tuesday 8 January 2013

Pemakaian Pangkat


hari ini ada perbarisan pemakaian pangkat yang diketuai oleh mej wan..
disempurnakan oleh lt kol shukri ( director ) dan lt kol mohamud..
hmm..tahniah buat staf sjn fareezal :)




Monday 7 January 2013

meeting tergempar :O

IN MEETING ROOM
Hari ini pengarah mengadakan mesyuarat tergempar sempena lawatan kerja PTD aritu..huh..
banyak usul yang telah dikemukakan dalam meeting ni..
yang pastinya aspek penyelenggaraan dan kebersihan..
bnyak isu yang disentuh dan banyak juga baik pulih yang perlu dilakukan..
hmm..banyak la kerja lepas ni..
haha..
so lepas ni diminta semua pihak mengambil tindakan berdasarkan aspek yang ditekankan..ok :)

Friday 4 January 2013

Panglima Tentera Darat

 GEN TAN SRI DATO' SRI PANGLIMA HJ. ZULKIFLI BIN HJ. ZAINAL ABIDIN - PTD

hari ini dalam sejarah..itulah yang aku boleh ungkapkan..
Gen Tan Sri Dato' Sri Panglima Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin telah membuat lawatan kerja ke Muz TD..
lawatan Tan Sri diiringi oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Gen Dato Mazelan Kasap..
serta pegawai iringan yang lain..


Lawatan Tan Sri bersama pegawai yang lain bagi mengulas tentang keaadan Muz TD secara keseluruhan..







Lawatan Tan Sri ke Muz TD telah memberi pelbagai cadangan bagi menaik taraf Muz TD dan sekitarnya..
aku tak sangka dapat jumpa dengan pemerintah tinggi macam Tan Sri...
bukan senang dan bukan calang-calang orang boleh bersama Tan Sri..
beliau cukup professional dalam bidang ni..

Thursday 27 December 2012

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

WARGA MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR

petang hari ini kami menerima lawatan khas dari Majlis Perbandaran Kuala Kangsar..
tetamu yang datang semua nya pangkat dato' dan datin...
perghh..seram jugak kan..
apapun kene la jugak jalankan tugas dengan tenang..
kali ini pengarah dan kurator tadbir yang bawa orang-orang kenamaan ini..
jauh tu datang dari Kuala Kangsar..





akhir sekali, tetamu diberi makan petang..lepas tu balik laaaa..



Kementerian Teknologi Tenaga Hijau dan Air Malaysia

WARGA KEMENTERIAN TEKNOLOGI TENAGA HIJAU DAN AIR MALAYSIA

kami telah menerima lawatan dari Kementerian Teknologi Tenaga Hijau dan Air Malaysia ke Muz TD..
memang seronok sebab dorang datang pun for have fun..
group ni sume sempoi..
lagipun ada dalam kalangan group ini pernah menyertai kursus AW..
so, memang best la bila dorang kongsi cerita semasa ambil kursus dulu..
tapi kursus yang aku ambil ni lagi banyak cabarannya :D